Recep Tayyip Erdogan
Setiap malam, aktivitiku ialah aku akan melayari internet untuk menambah ilmu pengetahuanku tentang dunia dan berita semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Hal ini demikian kerana kita sebagai pelajar perlu mengetahui berita semasa kerana ia akan menjadikan kita lebih matang dalam segala macam hal dan membolehkan otak kita untuk sentiasa berfikir kejadian alam yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T untuk sekalian manusia dan yang lain. Sedang aku melihat berita semasa di dalam youtube, aku terpandang sosok pemimpin yang berjiwa Nabi yang bernama Recep Tayyip Erdogan iaitu presiden negara Turki. Beliau dilahirkan pada 26 Februari 1954 di Istanbul, Turki. Sebelum ini, negara turki sangat-sangat mundur dari semua segi. Namun, setelah beliau menjadi presiden Turki, negara Turki menjadi sangat-sangat maju dan telah berjaya memiliki segala alat peperangannya sendiri.
Jet Pejuang Negara Turki
Erdogan meninggalkan Forum
Erdogan sangat berani meninggalkan Sesi Forum mengenai Gaza di Persidangan Ekonomi Dunia di Davos pada 29 Januari 2009 dalam keadaan marah. Beliau menyatakan amat tidak berpuas hati dengan moderator Sesi Forum tersebut iaitu David Ignatius yang hanya memberikan kepadanya masa selama 12 minit untuk berhujah sedangkan Presiden Israel iaitu Shimon Peres diberi masa untuk berhujah selama 25 minit. Baginya, moderator bersikap berat sebelah dalam mengenalikan forum tersebut. Erdogan juga sangat kecewa dengan tepukan gemuruh penonton terhadap Presiden Israel iaitu Simon Peres kerana seperti sedia maklum bahawa Presiden Israel tersebut telah membunuh 1300 rakyat palestin yang sebahagian besarnya adalah kanak-kanak dan wanita. Aku sangat sedih, dimanakah pemimpin negara Islam yang lain semasa negara Palestin dimusnahkan oleh tentera zalim yahudi? Aku hanya mampu berdoa kepada Allah agar negara seislamku dilindungi oleh-Nya. Hanya itu yang termampu aku lakukan saudaraku. Maafkan aku. Dunia mungkin sengsara bagimu, namun ingatlah, di akhirat kelak syurga akan menantimu wahai saudaraku. Aamiin. Selepas aku menonton sendiri kewibawaan yang dimiliki oleh pemimpin Turki yang bernama Recep Tayyip Erdogan, aku sangat bersyukur kerana masih ada pemimpin yang berani bersuara tatkala saudara seislamnya ditindas oleh Yahudi.
Setelah sudah aku melayari internet, kemudian aku menyiapkan kerja khususku yang sudah memanggil-manggil untuk disiapkan. Aku akhiri dengan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang sudah meninggal ataupun yang masih bernyawa. Al-Fatihah.
Setelah sudah aku melayari internet, kemudian aku menyiapkan kerja khususku yang sudah memanggil-manggil untuk disiapkan. Aku akhiri dengan Al-Fatihah untuk semua umat Islam yang sudah meninggal ataupun yang masih bernyawa. Al-Fatihah.



No comments:
Post a Comment