Siti Maryam Binti Sulaiman
Namaku Siti Maryam Binti Sulaiman. Aku dilahirkan pada 22 Januari 1996. Aku berasal daripada kampung yang dinamakan Kampung Parit Simis, Seri Medan 83400 Batu Pahat, Johor. Aku merupakan anak bongsu daripada 6 orang adik-beradik. Aku merupakan anak yang sentiasa mematuhi segala arahan mak ayah saya haha. Aku merupakan keturunan Jawa dan Banjar kerana ibu saya berketurunan Jawa dan ayah saya berketurunan banjar. Aku sangat petah bercakap dalam bahasa Jawa namun hanya sedikit sahaja pengetahuan aku tentang bahasa Banjar kerana di rumah, ayah aku tidak pernah berkomunikasi dalam bahasa Banjar. Jadi keturunan Banjar hanyalah didalam aliran darah aku sahaja. Semasa aku darjah enam, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, Seri Medan 83400 Batu Pahat, Johor. Semasa peperiksaan UPSR, aku memperoleh 2A2B1C. Di Johor telah wujudnya kelas Darjah Khas Agama dan aku berjaya mendapat pangkat 1 agreget 22. Manakala semasa aku berada di tingkatan tiga, dalam peperiksaan PMR aku memperoleh keputusan yang sederhana iaitu 4B4C. Seterusnya semasa SPM pula, aku memperoleh 3A2B3C. Selepas sahaja tamat tingkatan 5, aku tidak tahu untuk meneruskan pelajaran saya ke mana memandangkan semua sahabat-sahabat saya telah menimba ilmu di Kolej-kolej mahupun Universiti. Pada masa itu, pilihanku hanyalah masuk Tingkatan Enam dengan cita-cita sebaik sahaja lulus STMP, aku berharap dapat menjejakkan kaki saya di Universiti. Aku sentiasa berusaha untuk capai ketahap itu kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu, ayah dan keluarga aku yang bertungkus-lumus menjaga aku dari aku kecil sampailah aku meningkat dewasa. Aku berazam agar suatu hari nanti, aku mampu membalas jasa keluargaku terutama kepada ibu dan ayah saya yang tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk menyara keluarga. Alhamdulillah keputusan STMP aku mendapat 3.42 dan dengan keputusan itulah akhirnya aku mampu menjejakkan kaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Setiap kali aku melihat kelelahan diwajah ibu dan ayahku, setiap kali itu jugalah air mataku mengalir jatuh kepipi. Hati kecilku bertanya , "bilakah saatnya aku mampu membahagiakan orang tuaku sedangkan usianya tidak ku tahu sampai bila mampu bertahan?". Aku hanya mampu berdoa agar tercapai cita-citaku untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua insan istimewa ini.
Ibuku
Keluargaku telah diuji oleh Allah dengan berbagai-bagai ujian. Salah satunya adalah apabila ibuku telah disahkan menghidap kencing manis yang agak serius. Pada mulanya ibuku sangka bengkak dikakinya hanyalah biasa, namun setelah lama dibiarkan akhirnya kakinya yang bengkak tadi bernanah. Ibuku tidak mahu untuk dirawat dihospital. Namun setelah sahabatnya memujuk, ibuku nekadkan dirinya dan membuang rasa takutnya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah tiba dihospital, ibuku telah ditahan kerana nanah yang ada dikakinya telah merebak. Pada keesokan harinya, doktor telah meminta persetujuan ibuku dan menyuruh ibuku menandatangani surat-surat pembedahan yang akan dilakukan keatasnya. Lalu ibuku menandatanganinya dengan tenang sekali. Aku yang berada disisinya pada ketika itu telah menitis air mata kerana aku takut jika pembedahan ini gagal. Setelah selesai menandatangani surat pembedahan, pada belah petangnya ibuku dibawa ke bilik pembedahan. Aku melambai ibuku dari jauh dan doaku dalam hati agar ibuku selamat. Alhamdulillah setelah selesai, aku mengucapkan syukur kepada Allah kerana memanjangkan lagi usia ibuku. Sepanjang ibuku berada dihospital, aku dan abangku bergilir-gilir menjaga ibuku memandangkan pada masa itu aku masih di Tingkatan Enam.
Ayah dan Abangku
Ayahku tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu kudratnya yang sudah tidak berdaya untuk menanggung kami lagi. Namun kerana tidak mahu melihat kami kelaparan, ayah sanggup mengerah tulang empat keratnya yang sudah uzur dimamah usia. Ayahku tidak pernah membiarkan kami adik-beradik menanggung susah. Ayahku sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kami bahagia. Ayahku tidak kisah walaupun bajunya hanya ada 10 helai manakala baju kami ada 100 helai. Ini kerana kasih sayang ayah yang tidak pernah membandingkan kami dan menjaga kami hinggalah kami dewasa. Walaupun jarang ayah meluangkan masa bersama kami kerana ayah sibuk mencari rezeki diluar, namun aku tahu ayah sangat rindu dan sangat ingin bersama kami bersama-sama. Maafkan kami ayah kerana tak mampu lagi membahagiakan ayah walaupun ayah sudah tua. Ayah sentiasa memenuhi segala keinginan kami, namun kami tidak pernah memenuhi keinginan ayah. Aku sangat bersyukur dikurniakan ayah yang bernama Sulaiman Bin Mohd Jelani dan ibuku yang bernama Ruminah Binti Lamsir. Terima Kasih Ya Allah.
Daripada Anakmu ;-)





