Assalamualaikum dan selamat malam, Hari ini aku nak cerita pasal sahabat-sahabat akrab yang pernah hadir dalam hidup aku dari dulu sampailah sekarang. Tanpa kamu,siapalah aku dan tanpa aku siapalah kamu, haha.
Nurul Fishada Binti Safi'e
Aku nak perkenalkan nama seseorang yang sangat aku bersyukur kerana pernah mengenalinya dan tidak akan aku lupakan iaitu Nurul Fishada Binti Safi'e. Nama dia ni pelik sikitkan? Fish ada haha. Dia berkawan dengan aku sejak aku berada ditingkatan satu dan mula rapat sejak masuk tingkatan 6. Dia banyak menolongku dari segi maklumat, dari segi hiburan kerana dia sangat suka korea dan aku pon terjebak sama. Di dalam kelas, kami suka merakam setiap aktiviti yang kami lakukan kerana di kelas, kami duduk 4 orang sebaris dan merupakan kumpulan yang wanted. Kami tidak suka menerima arahan orang lain melainkan cikgu yang beri arahan. Sebab bagi kami, peraturan adalah untuk dilanggar. Selepas kami habis tingkatan enam, kami mendapat tawaran di UPSI namun terdapat dua cabaran yang harus kami tempuhi. Cabaran yang pertama merupakan ujian Medsi dan yang kedua ialah cabaran ujian temuduga. Kami lepas ujian Medsi namun dalam ujian temuduga, aku Alhamdulillah dapat melepasinya namun dia tidak. Harapanku untuk belajar disini bersama dia musnah. Sehari sebelum aku pergi belajar di UPSI, dia sempat menulis surat untukku baca. Isi kandungan surat yang ditulis olehnya sangat mengharukan aku. Ini isi kandungan suratnya :
"eyam sayang, good luck dear kat sana. Aku sentiasa doakan kau kat sini. sampai sana nanti kena tinggal family jangan sedih-sedih. Niat kau pergi sana untuk study kan? Cita-cita kau dari dulukan nak jadi cikgu, Cikgu Maryam, Wowww! Tunjukkan dekat sesetengah orang yang pandang rendah kat kita dulu yang kita boleh berjaya. Kat sana nanti jangan lupa aku sebab aku kat sini sentiasa ingat kau. Nanti aku Whatsapp kau je biar kau tak lupakan aku,haha. Ok sayang, goodluck kat sana, belajar rajin-rajin. Bye Yam, takecare kat sana. aku sayang kau sangat-sangat muah muah Assalamalaikum".
Nor LailaRiska Binti Mohmad
Sahabat yang saya sangat rindu dengan telatah dia ni namanya Nor LailaRiska Binti Mohmad. Aku kenal dia sejak darjah enam lagi. Tapi kami mula menjadi rapat semasa kami berada di Tingkatan Enam. Setiap kali aku jumpa dia, mesti kami akan ketawa tak ingat dunia sebab kami sekepala. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan dia. Ke mana sahaja aku pergi mesti ada dia dan dimana ada dia ada mesti ada aku. Setiap kali ada masalah kami akan bekongsi kerana aku tahu, dia ni boleh tahan gembeng juga. Aku selesa bila berbual dengan dia. Kini dia menyambungkan pelajarannya di UiTM dalam kos Sains Pembinaan. Semoga berjaya wahai sahabat. Aku disini sentiasa berdoa agar jodoh kita dipanjangkan oleh yang Maha Esa. Aamiin.
Siti Aishah Binti Lamyu
Ini dia sahabat aku yang paling kecoh dan teruk betul gaya bila ketawa, sampai menangis. Nama dia Siti Aishah Binti Lamyu. Dia sangat peramah sebab itu dia disayangi oleh guru-guru dan sahabat-sahabatnya. Dia sentiasa menolong kawan-kawannya dalam segala jenis hal dan tidak pernah mengungkit-ungkit kerana dia mempunyai hati yang baik. Dia sangat petah berkata-kata dalam semua hal kerana dia mengetahui hal semasa berbanding aku.
Sahabat aku yang ini pula nama dia Nur Aini Binti Yusuf. Dia sentiasa membuat hari aku ceria kerana lawaknya yang entah apa-apa. Dia sangat bijak dalam pelajaran. Semasa di tingkatan 6, dia mempunyai keputusan yang cemerlang namun dia tidak menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia lebih memilih untuk menjadi PA Artis yang kini meningkat naik iaitu Wani yang menyanyi lagu "lepaskanlah" kerana sahabat aku ni anak angkat ibu Wani. Dia juga mempunyai warung makan yang sangat maju kini yang menjual Chicken Chop haha. Apa-apa pun aku rindu kau. Kat sini payah nak cari yang satu kepala macam korang.
Nur Hazirah Binti Rosli
Ini antara sahabat aku yang comel sebab keningnya yang tebal tu. Rasa nak cukur je haha. Nama dia Nur Hazirah Binti Rosli yang lebih dikenali dengan gelaran Azie. Dia ni juga merupakan pelajar yang cemerlang di tingkatan 6. Dia dapat menyambung pelajarannya di UMT. Belajar rajin-rajin tau. Aku disini menunggu dirimu. Ceeeehhh. huhu.
Sampai sini sahaja untuk hari ini. Selamat malam sayang-sayang saya semua. Assalamualaikum.










